KUCHING: Jaguh bina badan negara, Buda Anchah kini sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi dua kejohanan berprestij.
Kejohanan Sukan Bina Badan dan Fizikal Asia Ke-55 2023 yang akan berlangsung di Katmandu pada bulan Julai, selain Kejohanan Sukan Bina Badan AGP Pro Korea 2023 di Seoul, Korea pada bulan Oktober nanti.
Demikian kata Buda semass mengadakan kunjungan hormat terhadap Tmbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Emas dipebajat beliau pagi tadi.

Kunjungan hormat tersebut yang bertujuan menyampaikan ucapan terima kasih kepada beliau (Datuk Amar Douglas Uggah Embas) atas sokongan diberikan selama ini.
Buda yang sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam sukan bina badan kini menjadi tenaga pengajar sambilan di Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).
Beliau juga mengendalikan gimnasium miliknya di Dataran Uni, Kota Samarahan serta mempunyai 100 orang ahli berdaftar yang terdiri daripada pelajar serta peminat sukan berasaskan besi itu.
Sementara itu, Datuk Amar Douglas Uggah menyifatkan Buda antara atlet kelahiran Sarawak yang cukup hebat.
Menurut beliau, dedikasi Buda terhadap bidang sukan dan pencapaian hebat diperolehinya selama ini wajar dicontohi generasi alaf ini.
“Beliau adalah terbaik, seorang yang berdedikasi, komited, berdisiplin serta sanggup berkorban,” tegas beliau lagi.
Untuk rekod, tahun lepas Buda berjaya memgharumkan nama negara apabila memenangi pingat emas dalam Kejohanan Sukan Bina Badan Dan Fizikal Dunia Ke-13 kategori Terbuka Lelaki Master (50-60 tahun).
Atlet kelahiran Sri Aman itu turut memenangi pingat gangsa kategori Berpasangan Campuran di kejohanan yang sama.
Sepanjang pembabitannya, atlet yang berusia 51 tahun itu telah mengambil bahagian dalam 29 kejohanan bertaraf antarabangsa dan berjaya memenangi gelaran juara sebanyak 13 kali.