SIBU: Keresahan kucing peliharaannya mengundang curiga kepada seorang wanita dua hari lalu, sebelum akhirnya menyedari dia diintai tetamu tidak diundang.
Dalam kejadian awal petang itu, Sarina Syarifuddin 24 tahun, melihat kucing-kucingnya ketakutan sehinggalah dimaklumkan oleh jirannya akan kelibat seekor ular besar yang sedang menyusur di bawah rumah.
Sarina pantas menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk bantuan yang kemudian mengaktifkan bantuan ke Kampung Jeriah Barat, sekitar jam 2.56 petang.
Menurut jurucakap APM Sibu, Kamisah Rais, pihaknya dengan
kekuatan lima anggota mengambil masa hampir satu jam untuk menjerut ular terbabit, menggunakan teknik Snake Tounque.
“Ia agak sukar kerana ular terbabit berada di bawah lantai kedai, selain perlu memastikan kawasan persekitaran selamat.
Ular yang ditangkap tersebut merupakan jenis tedung selar, sepanjang 2.2 meter dan berat 5 kilogram. — Sarawakvoice