Kuching jadi tuan rumah Persidangan Cina Muslim Antarabangsa 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SAH... Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin (tengah) pada majlis sidang media Persidangan Cina Muslim Antarabangsa 2023 di Hotel Waterfront.

KUCHING: Bandaraya Kuching terpilih sebagai lokasi acara berprestij Persidangan Cina Muslim Antarabangsa 2023 yang akan berlangsung tiga hari bermula 18 Ogos ini.

Persidangan bertemakan ‘Peranan dan Kesan Cina Muslim: Pelukan Masa Depan’ dijangka bakal menarik lebih 200 peserta termasuk Singapura, China, Brunei, Indonesia, Hong Kong, Taiwan, dan juga Thailand.

Mengesahkan perkara tersebut, Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin sambil itu mengakui persidangan itu mampu menyumbang jaringan satu sama lain sekali gus mempromosikan kedaiaman dan kemakmuran dalam masyarakat pelbagai had umur.

Menurutnya, persidangan itu turut menyokong konsep Malaysia Madani bagi meraikan kepelbagaian dan juga memberi inspirasi serta nilai-nilai positif dalam masyarakat.

“Kami percaya persidangan ini mampu menyumbang kepada pengukuhan kerjasama antara agama, menggalakkan keamanan, keharmonian serta kemakmuran dalam kalangan rakyat dari semua agama dan latar belakang.

“Kita dengan senang hati untuk mempersembahkan budaya kita seperti makanan dan kesihatan.

“Kita juga teruja untuk berinteraksi dengan orang lain khususnya di Sarawak dengan menyediakan platform pelbagai peringkat dalam mempromosikan pembangunan dan kebudayaan,” katanya ketika berucap pada sidang media Persidangan ICMC 2023 di sebuah hotel di Kuching, semalam.

Dr Taufiq menambah, persidangan tersebut turut menampilkan pelbagai sesi dan bengkel istimewa kepada para peserta kelak.

Dedahnya, antara topik menarik dibincangkan adalah pendidikan, perniagaan dan kewangan, budaya, serta peranan golongan Cina Muslim mempromosikan keamanan dan pembangunan negara.

“Acara ini juga menyediakan platform untuk para ulama, pemimpin, pakar-pakar, dan juga masyarakat untuk saling bertukar idea dalam usaha menggalakkan pembangunan dan kemakmuran bersama,” katanya.

Peluang pembelajaran unik disediakan kepada para pengunjung untuk mempelajari tentang sejarah dan budaya Cina Muslim yang bersemangat dan meneroka cara mereka menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Sementara itu, Dr Taufiq turut memaklumkan harapan agar pembukaan persidangan itu dapat dirasmikan sendiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Berkaitan