Kuching City pamer aksi baik dalam dua perlawanan persahabatan lawan Sri Pahang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
KAWAL...Pemain pertahanan Kuching City FC menyekat dua penyerang Pahang FC dalam pertemuan kali kedua Perlawanan Persehabatan di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching.

KUCHING: Kuching City FC sekali lagi gagal memanfaat peluang selepas tewas (3-0) dalam aksi perlawanan persahabatan kedua menentang Sri Pahang di Stadium Negeri, petang semalam.

Import tengah, Stefano Brundo membuka jaringan awal minit ke-11 menerusi tendangan percuma dari luar kotak penalti sekali gus gagal diselamatkan oleh Norazlan Razali.

Gol kedua dijaringkan oleh penyerang, Lucas Silva minit ke-68 menerusi rembatan leret terus ke gawang gol lawan.

KAWAL…Pemain pertahanan Kuching City FC menyekat dua penyerang Pahang FC dalam pertemuan kali kedua Perlawanan Persehabatan di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching.

Jaringan ketiga pasukan pelawat berjaya dihasilkan menerusi dorongan kemas pemain sayap, Shamie Iszuan dari bahagian kanan lalu disempurnakan oleh Baqiuddin minit ke-76.

Sementara itu aksi pertama perlawanan pada malam kelmarin (12 Feb) menyaksikan Sri Pahang menang tipis (1-0) terhadap KCFC.

Sekali gus menjadikan keputusan dua perlawanan persahabatan yang juga aksi pemanas badan terakhir The City Boys memihak kepada Tok Gajah.

Ketua Jurulatih KC FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim tetap berpuas hati dengan prestasi dipamer anak-anak buahnya pada dua perlawanan terbabit.

Menurutnya, pemain-pemain berjaya memberikan input baik melalui aksi kompetitif dengan pasukan yang jauh lebih hebat serta dibarisi ramai berpengalaman.

Berkaitan