Kontraktor rasuah pegawai hampir RM1 juta setahun

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Rasuah berjumlah RM800,000 hingga RM1 juta dibayar kontraktor untuk mendapatkan 40 hingga 50 kontrak setahun. 

Seorang bekas kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah memberitahu demikian di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu bahawa kontraktor di Beaufort memberi rasuah kepada pegawai.

Seorang jurutera yang bertugas di Beufort  berkata, kontraktor di Beaufort tidak membantah skim itu kerana mereka mendapat manfaat daripadanya.

“Mereka akan terus mendapatkan projek tanpa melalui proses tender terbuka,” katanya dalam perbicaraan rasuah Jabatan Air Negeri Sabah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat seperti dilapor Borneo Post.

Jelasnya , wang daripada kontraktor tersebut biasanya diberikan kepada seorang lelaki yang hanya dirujuk sebagai “Teo”.

“Biasanya, ia akan dihantar rumah Teo. Saya tahu di mana tetapi saya tidak pasti alamatnya,” katanya yang memberitahu wang itu diletakkan dalam beg.

Berkaitan