Kontinjen PDRM Sarawak raih tempat ketiga Mr Police 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
CEMERLANG...(Dari kanan ke kiri) L/Kpl Al Badrul, Joseph Ladi , L/Kpl Muhd Faizal & L/Kpl Mohd Firdaus bersama DSP Mathew Manggie (tengah) merakam gambar bersama piala dimenangi pentas kejohanan Mr Police 2023.

KUCHING: Pasukan bina badan Polis Sarawak melakar sejarah selepas berjaya merangkul tempat ketiga dalam kejohanan Bina Badan ‘Mr Police 2023’ yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah bermula Khamis sehingga semalam (11 Feb).

Wakil PDRM Kontinjen Sarawak mencipta kejutan dengan membawa balik empat pingat emas dan dua gangsa bagi kategori yang disertai masing-masing.

Dua pingat emas pertama dirangkul Lans Koperal Mohd Faizal dalam kategori Fizik Atletik Terbuka PDRM bawah 170 cm dan kategori Atletik Fizik Tertutup PDRM bawah 170cm.

CEMERLANG…(Dari kanan ke kiri) L/Kpl Al Badrul, Joseph Ladi , L/Kpl Muhd Faizal & L/Kpl Mohd Firdaus bersama DSP Mathew Manggie (tengah) merakam gambar bersama piala dimenangi pentas kejohanan Mr Police 2023.

Dua lagi pingat emas disumbang oleh Joseph Ladi masing-masing dalam kategori bina badan Terbuka bawah 70 kg dan kategori tertutup PDRM (65kg).

Manakala pingat gangsa diperolehi oleh Muhd Firdaus dan Al Badrul masing-masing dalam kategori Tertutup PDRM fizik atletik bawah 170 cm dan atas 170 cm.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, kejayaan ini merupakan lakaran membanggakan buat kontinjen Sarawak memandangkan pasukan ini pertama kali menyertai kejohanan berprestij terbabit.

Justeru tegasnya, pasukan ini akan dikekalkan bagi menghadapi beberapa siri pertandingan di peringkat negeri Sarawak iaitu Mr Malaysia 2023.

Tambahnya, ia juga sebagai persiapan bagi pemilihan atet bina badan PDRM menjelang kejohanan Police Fire Games 2023 di samping mencungkil bakat-bakat baharu untuk persediaan kejohanan sama tahun hadapan.

Berkaitan