KUCHING: Wajah gembira jelas terpancar di wajah 50 golongan asnaf selepas menerima sumbangan Ramadan daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Tun Taib berserta isteri pada Majlis Jalinan Kasih Yayasan Ragad di Astana Negeri Sarawak kepada penerima pelbagai latar belakang, bangsa dan agama. Sementara itu, kesemuanya menerima sumbangan dalam bentuk bakul makanan, keperluan asas dan wang bagi meringankan beban.
Seusai majlis, Tun Taib turut menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih berjemaah bersama-sama tetamu jemputan lain yanng dipimpim oleh imam jemputan Masjid Darul Hana, Kampung No 6, Ismanhadi Jaafar.
Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak, Dato Dr Jamil Hamali dan Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertua Negeri, Riziandy Nawawi.