KUCHING: Kira-kira 600 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang awam oleh Kolej Sidma Sarawak sempena Program Ihya Ramadan 2023.
Pengerusi Kolej Sidma Sarawak Marzuki Umi memberitahu, pengagihan ini dibuat sempena menyambut bulan Ramadan AlMubarak tahun ini.
“Penganjuran program ini di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelaiar (HEP) Kolej Sidma bagi berkongsi rezeki bersamasama masyarakat di kawasan sekitar.
“Ia merupakan program wajib setiap kali menjelang bulan Ramadan bagi Kolej Sidma Sarawak.
“Menariknya, kita mengadakan program pengagihan bubur ini dengan kerap sepanjang bulan Ramadan.
Malah jika menerima rezeki lebih, kita adakan setiap hari,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Program Ihya Ramadan 2023 di Kolej Sidma di sini, kelmarin.
Sementara itu, Pengurus HEP Jumiah Matino mendedahkan terdapat program susulan turut dilaksanakan selain pengagihan bubur lambuk di sini.
Program lain termasuk kutipan infaq turut diadakan bertujuan untuk menghulurkan sedekah dalam pelbagai bentuk contohnya seperti barangan keperluan asas dan wang tunai.
“Sebelum ini, kita berjaya mengagihkan barang bantuan berupa keperluan asas seperti beras, gula, garam dan lain-lain kepada 60 penerima.
“Kita mengagihkan barangan tersebut kepada golongan sasaran yang benar-benar memerlukan di sekitar kawasan Sarawak berdasarkan senarai nama dari pihak Baitulmal.
“Bagi tahun ini, kita menyasarkan untuk mengagihkan bilangan yang sama atau lebih baik, lebih 60 orang sebagai usaha meringankan beban golongan yang memerlukan,” ujarnya.
Untuk rekod, program ini merupakan kerjasama antara Sidma Kolej Sarawak bersama-sama Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak.
Hadir sama Pengurus HEP Jumiah Matino dan Pengarah Kewangan Sidma Kolej Hanizah Mohidin.