KL sekat Odin S’wak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

PASUKAN PFA Odin Sarawak kempunan tiga mata berharga pada aksi kelapan saingan Liga Futsal Premier Malaysia MPFL 2023 selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang KL City FC di Stadium Perpaduan, Petra Jaya Kuching petang semalam.

Penyerang tinggi lampai, Uram Oh muncul wira pasukan pelawat apabila menjaringkan gol penyamaan minit ke-23.

Biarpun anak-anak buah Mohd. Faizal Zamri terdahulu gah dengan dua gol (2-0) mengemudi pentas saingan menerusi jaringan Mohammad Dzul Izwaniezam Madin minit ke-2 dan Zulazmie Ibrahim minit ke-6.

Sementara itu, satu lagi gol KL City FC dijaringkan oleh Anzar minit ke-11.

Barisan pemain PFA Odin Sarawak seharusnya menyalahkan diri sendiri ekoran kegagalan untuk beroleh kemenangan mengambil kira deretan peluang yang dimiliki.

“Satu mata yang amat berharga bagi kami di sebalik keputusan seri ini,” ujar Presiden PFA Odin Sarawak, Hamzah Ismail.

“Kita mempunyai lima peluang terbaik tetapi gagal diterjemah kepada jaringan,” katanya.

Menurut Hamzah, sekiranya jentera serangan mampu menjaringkan gol sudah tentu tiga mata dihajati milik PFA Odin Sarawan.

Namun beliau percaya pemain telah memberikan yang terbaik sepanjang saingan.

Keputusan seri tersebut mengekalkan kedudukan PFA Odin Sarawak di tangga keenam dengan mengumpul lima mata.

PFA Odin Sarawak akan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 3 Jun ini (Sabtu) di gelanggang yang sama.

Berkaitan