KKM sedia bentang RUU kawalan produk merokok

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Helmy Haja Mydin | BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia membentangkan rang undang-undang (RUU) kawalan produk merokok demi kesihatan awam berserta peruntukan berkaitan generasi penamat rokok pada mesyuarat kedua penggal kedua Parlimen ke-15, yang bermula hari ini.

Penasihat Khas Menteri Kesihatan Dr Helmy Haja Mydin, berkata RUU itu berkenaan sangat penting demi melindungi kesihatan generasi muda dan ia merangkumi dua perkara utama iaitu kawalan terhadap produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape, serta pelaksanaan peruntukan generasi penamat rokok.

“Peruntukan larangan bagi generasi penamat rokok hanya tertumpu kepada larangan membeli dan menggunakan, manakala larangan menyimpan atau memiliki rokok atau vape telah digugurkan berdasarkan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Bagi peruntukan larangan ini mereka (yang) bakal terkesan adalah termasuk mana-mana orang yang lahir pada 1 Januari 2007 iaitu pada ketika ini berumur 16 tahun,” katanya kepada Bernama.

Dalam masa sama, beliau berkata RUU berkenaan adalah bagi mengawal produk rokok merangkumi kawalan terhadap pendaftaran, pengiklanan, promosi dan penajaan, pembungkusan, dan penjualan.

Berkaitan