BAKUN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata penyerahan Bakun bernilai RM2.5 bilion menjadi milik penuh Kerajaan Negeri di bawah Sarawak Energy Berhad (SEB) merupakan penyerahan terbesar Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.
Pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti Sarawak Hidro Sdn. Bhd. (SHSB), pemilik dan operator Empangan Hidroelektrik Bakun itu memberi impak bagi pembangunan negeri ini.
Abang Johari amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas penyerahan tersebut pada Majlis Penyerahan Hidroelektrik (HEP) Bakun pada Khamis.
Kini, bagi Abang Johari, Bakun yang sudah siap itu sedia memainkan peranannya merancakkan ekonomi setempat dan negeri ini dengan sejak Julai 2014 Bakun sudah beroperasi menyediakan tenaga berkapasiti 2,400 megawatt.
Sarawak sedia mengawal sepenuhnya sumber tenaga demi menjana ekonomi jangka panjang untuk manfaat rakyat dan negeri ini. –Sarawakvoice