Khidmat e-hailing Uber, Grab beri impak kepada sektor pelancongan S’wak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Uber dan Grab merupakan trend baharu dalam sistem pengangkutan awam yang juga selari dengan dunia teknologi digital.

Justeru, jika operasi Uber dan Grab dihentikan, sudah tentu ia memberi kesan kepada industri pelancongan Sarawak.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Khamis berkata, “pengusaha teksi tidak boleh mengarah kerajaan menghentikan operasi Uber dan Grab kerana seluruh dunia menggunakan perkhidmatan itu sekarang.”

Menurut Karim lagi, perkhidmatan Uber dan Grab sudah biasa dan terkenal di kalangan pelancong Singapura, Hong Kong, United Kingdom dan dari Kuala Lumpur sendiri.

Justeru, inilah hakikat yang mesti diterima pengusaha teksi konvensional kerana kuasa beli pengguna bersama pembangunan teknologi sukar dikawal.

Gambar fail

Karim berpendapat, masalah ini bukan hanya berlaku terhadap pemandu atau pengusaha teksi di Sarawak, tetapi seluruh dunia, apabila sistem berubah dan ia sukar dikawal.

Karim meminta pengusaha teksi sedia beralih kepada cara kerja yang baharu dalam ekonomi digital hari ini.

Bahkan, bagi Karim, jika pemandu teksi perlu melihat lebih jauh cara lain mereka menambahkan sumber ekonomi antaranya menyerap sistem e-haling Uber atau Grab dalam perkhidmatan mereka.

Bagaimanapun, Karim percaya, kerajaan akan melihat masalah dihadapi pemandu teksi dengan lebih terperinci seperti memberi kelonggaran peraturan tertentu atau membantu mengurangkan kos operasi mereka. — Sarawakvoice

Berkaitan