Kereta terbalik dalam longkang, lelaki terselamat di Tatau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BINTULU: Seorang lelaki bernasib baik selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas, sebelum terbalik di hadapan SMK Tatau, Jalan Tatau-Bintulu, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu sekitar jam 10.03 pagi, dan tiba di lokasi empat minit kemudian.

“Lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tatau kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dari kenderaan jenis Proton Satria tersebut, sebelum diserahkan kepada pasukan paramedik.

Mangsa yang cedera kemudian dikenal pasti sebagai William James, 37 tahun. – Sarawakvoice

Berkaitan