Kereta anggota tentera langgar pokok dan terbalik di Sibu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SIBU: Tindakan pantas orang awam berjaya mengelakkan kecederaan lebih parah kepada seorang anggota tentera selepas kenderaan yang dipandunya terbabas, terlanggar pokok lalu terbalik di hadapan DC Motor Sarawak Sdn Bhd, Jalan Deshon, dekat sini semalam.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 11.23 pagi dan sebuah jentera serta ambulans EMRS dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah itu mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan persendirian Proton Wira yang hilang kawalan sebelum melanggar pokok di bahu jalan.

“Impak kejadian menyebabkan mangsa, seorang anggota tentera tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Orang ramai yang ada di tempat kejadian bagaimanapun segera mengeluarkan mangsa sebelum pihak bomba tiba, dan menyerahkan kepada pasukan paramedik yang tiba kemudiannya.

Kata Ling Hii, identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Mohd Fadrul Hisham Ngah.

Kes diserahkan kepada pasukan trafik untuk tindakan lanjut. – Sarawakvoice

Berkaitan