Kerajaan Sarawak laksana Rumah Petiwiku untuk rakyat berpendapatan rendah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MIRI: Prihatin akan nasib rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan rumah di negeri ini, Kerajaan Sarawak akan melaksanakan projek perumahan, Rumah Pertiwiku.

Sebanyak 2,500 unit rumah berharga dalam lingkungan RM90,000 hingga RM150,000 akan dibina, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang media di sini semalam.

Ujarnya, antara syarat bagi pemohon rumah berkenaan ialah pendapatan antara RM800 hingga RM2,500.

Sidang media itu diadakan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Peringkat Negeri.

Di bawah projek itu, rumah terbabit akan dilaksanakn di Kuching, Mitri, Niah-Lambir, Jepak, dan Kemunyang Sibu oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Saya yakin kita dapat bangunkan sekitar 2,000 hingga 2,500 unit rumah untuk rakyat berpendapatan rendah,” jelas Abang Johari.

“Ini ialah strategi jangka panjang kita untuk membantu rakyat memiliki rumah,” katanya lagi. — Sarawakvoice

Berkaitan