KUALA LUMPUR: Keputusan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk tidak bekerjasama dengan pimpinan Umno dalam PRU ke-15 lalu terbukti tepat.
Menurut Ketua Penerangan Pas Negeri Pulau Pinang, kejahatan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjual perjuangan Melayu kepada Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP bakal meledakkan gelombang penyatuan Melayu melawan Malaysia Madani sepertimana masyarakat Melayu menolak Malayan Union suatu ketika dahulu.
“Seruan pimpinan Umno yang mengikut telunjuk Anwar dan DAP serta mengajak ahli-ahli Umno untuk mengundi DAP adalah bukti bahawa pemimpin Umno secara rasminya telah hilang matlamat perjuangan asal parti mereka katanya dalam satu kenyataan..
Katanya, Pas dan PN akan tetap konsisten berjuang menjadi jurubicara dan pembela kepada masyarakat Melayu dan Islam meskipun harus menjadi pembangkang selama-lamanya kerana itulah asas dan dasar perjuangan PAS dan PN selama ini. “Kami melahirkan rasa simpati kepada ahli-ahli Umno dan para penyokong Umno yang telah secara tidak langsung digunakan oleh pemimpin Umno demi menjayakan agenda sekular politik DAP dan sekutunya,” ujarnya..
Tegasnya, Pas serta PN sentiasa berlapang dada dan mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan daripada penyokong Umno dan ahli-ahli Umno untuk berteduh di bawah payung perjuangan politik PN bagi melawan kepimpinan Umno yang rakus dengan kuasa mereka.
Kami yakin, halatuju perjuangan Melayu yang semakin malap ini pasti akan kembali bercahaya dengan kuasa politik dan kepercayaan masyarakat Melayu kepada PERIKATAN NASIONAL.
Politik wang tidak akan menang dan bakal tersungkur dengan sendirinya. Hanya mereka yang ikhlas akan terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.