Kemunculan makhluk asing jadi alasan pelajar tidak hadir ujian Matematik 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Foto: FB

MICHIGAN: Pelajar melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri daripada ujian dengan menggunakan pelbagai alasan. 

Baru-baru ini di Hemlock, Michigan, pelajar sanggup melaporkan pencerobohan makhluk asing untuk mengelak daripada menjalani ujian matematik, menurut KTVZ-TV. 

Pelajar itu melaporkan makhluk asing muncul di langit dengan piring terbang dan mendarat di taman permainan.

Khabar angin itu dengan cepat tersebar dalam kalangan badan pelajar di media sosial.  

Penemuan itu bagaimanapun dinafikan oleh Don Killingbeck, penguat kuasa sekolah terbabit. 

Dia memberitahu KTVZ: “Kami menyiasat dengan teliti, dan tiada bukti sebarang aktiviti makhluk asing di kawasan sekolah kami,” katanya.  

Menurutnya lagi pelajar itu juga dikenakan tindakan disiplin.

Berkaitan