KUCHING: Kempen ‘Global Sia Sitok Vacations’ (Percutian Global Sia Sitok) pada 1 Mei lepas mendapat sambutan menggalakkan.
Sambutan positif itu menyebabkan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan meneruskan kempen tersebut sehingga 16 Julai ini.
Kata menterinya Datuk Seri Abdul karim Rahman Hamzah dalam ucapan penggulungan di DUN semalam, sebanyak 144 pakej pelancongan menarik ditampikan melalui pakej itu.
Jelas beliau, sebelum ini jumlah keseluruhan yang dicatatkan daripada kempen pada tahun 2022 ialah RM6.5 juta dengan 800 pakej pelancongan dijual.
Ia juga telah memberi manfaat kepada 6,406 pengunjung dengan tempahan bilik sebanyak 15,277 malam melalui kempen “Sia Sitok Sarawak Accommodation”.