Kem Sape 2023 pupuk minat golongan belia tempatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TRADISIONAL…Ketua Yayasan Perpaduan Sarawak Datuk Aloysius J Dris (tengah) hadir pada sidang media Kem Sape 2023 di Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) julung kalinya memperkenalkan program ‘Kem Sape 2023’ selama empat empat hari bermula 19 Jun hingga 22 di empat lokasi berbeza di Kuching.

Acara disertai seramai 15 peserta terdiri daripada belia Semenanjung, Sabah dan Sarawak itu bertempat di Hotel Limetree pada hari pertama dan kedua program.

Seterusnya hari ketiga di rumah inap Lan E Tayang sebelum acara kemuncak berlangsung di Muzium Budaya Borneo dan di GoDown Amphithitheatre Tebingan Kuching.

Program turut melibatkan beberapa pemuzik profesional tempatan termasuk lagenda Sape, Mathhew Ngau, Komposer Narawi Rashidi, Maestro Sape Sarawak Jerry Kamit dan pakar kajian Akedemi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Connie Lim.

Sekali gus memberi peluang pendedahan secara mendalam kepada para peserta dalam mengenal pasti serta mempelajari pengalaman muzik Sape sebagai alat muzik, sejarah, dan perjalanan Sape dalam dunia muzik.

Ketua Eksekutif Yayasan Perpaduan Sarawak Datuk Aloysius J Dris berkata, usaha penganjuran program bertujuan menarik minat serta memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para peminat muzik khususnya terhadap golongan muda.

“Selepas tamat pengajian ini mereka akan menjadi ‘duta Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) Sape’ yang mempunyai matlamat bersatu untuk mengejar Sape sebagai pilihan muzik mereka, di samping berkongsi tentang Sape walaupun sape bukan alat muzik asli mereka.

“Ia sememangnya akan menjadi peristiwa bersejarah buat YPS untuk memanfaatkan kem ini dalam usaha penjenamaan dan mencerminkan korporatnya kepada pihak berkepentingan, orang ramai dan golongan belia khususnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai program di Muzium Budaya Borneo, di sini, hari ini.

Jelas Aloysius, program permulaan ini akan dikaji semula untuk dijadikan sebagai acara tahunan YPS pada masa akan datang.

Katanya, pihaknya komited dalam memberi peluang dan menyediakan platform kepada orang ramai untuk lebih mengenali muzik Sape terbabit di Malasia amnya.

“Kita akan melihat bagaimana acara ini akan berlangsung dan bagaimana dengan sambutannya sebelum mengambil keputusan untuk melaksanakannya sebagai acara tahunan kelak.

“Namun kita percaya program ini sedikit sebanyak akan memberi manfaat dalam usaha kita mempergiatkan perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan mengenai alat muzik terbabit di mata dunia,” katanya lagi.

Berkaitan