Kehilangan Anjan cetus kebingungan di Nanga Sayong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

JULAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas yang hilang di Sungai Entabai, Nanga Sayong pada Rabu lalu diteruskan pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, sehingga operasi ditangguhkan semalam, pihaknya gagal mendapat petunjuk kehilangan mangsa, yang identitinya dikenal pasti sebagai Anjan Anak Nyua, 66 tahun.

“Dalam operasi semalam, pasukan SAR bergerak sejauh 3 kilometer ke hulu sungai Nanga Jemak dan melakukan ‘water surface searching’, dengan menyusuri sungai dari lokasi rumah mangsa hingga ke kawasan hilir Sungai Entabai.

“Operasi ditangguhkan sekitar jam 5.30 petang kerana hujan lebat serta hari mula gelap.

Kehilangan mangsa kata, Ling Hii dilaporkan kepsda pihak Bomba dan Penyelamat sekitar jam 1.19 petang pada Rabu.

“Pihak kita kemudian mengatur gerak sebuah Toyota Hilux dan dua anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor menuju ke lokasi.

“Pada masa yang sama, Unit Penyelam Penyelamat Di Dalam Air dari Zon Sibu turut diletakkan berada dalam keadaan bersedia.

Mangsa yang berasal dari Rumah Anding Nanga Jemak, dikatakan hilang pada malam sebelum laporan dibuat.

” Ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri satu majlis SK Nanga Entabai Julau.

Penduduk kampung yang khuatir akan keselamatan mangsa kemudian melancarkan gerakan mencari, namun hanya menemui perahu dan enjin sangkut mangsa yang hanyut tanpa pengemudi. –Sarawakvoice

Berkaitan