Kandungan lucah: Kementerian cadang adakan dialog 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching

KULAI: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bercadang mengadakan sesi dialog dengan penyedia platform media sosial bagi membincangkan peruntukan undang-undang mengenai perkongsian kandungan berunsur lucah di negara ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata langkah itu bagi memastikan penyedia platform, termasuk Telegram, WhatsApp dan Facebook faham serta jelas perbuatan itu dilarang dan jika sabit kesalahan, pengguna aplikasi boleh dikenakan tindakan.

“KKD akan adakan dialog dengan semua penyedia platform untuk menasihatkan dan mengingatkan mereka bahawa undang-undang di Malaysia terhadap unsur-unsur seperti ini tidak boleh ditoleransi…dan satu perjumpaan akan diadakan dalam masa terdekat.

“Sesiapa yang menghantar kandungan bersifat lucah, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kita mahu semua penyedia platform memahami isu ini kerana aduan sebegini (sebar kandungan berunsur lucah) paling kerap diterima,” katanya selepas menonton filem Anwar: The Untold Story di TGV AEON Mall Kulaijaya malam tadi.- Bernama

Berkaitan