Kalau PH jatuh lagi, jangan salahkan kami, kata Hadi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
ABDUL HADI AWANG

KUALA LUMPUR: Kini, kebanyakan penduduk di luar bandar daripada orang Melayu dan bumiputera memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), serta parti Sarawak dan Sabah. 

Menurut Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul hadi Awang, adapun Pakatan Harapan (PH) mendapat sokongan penduduk bandar dan kawasan campuran yang didukung oleh bukan Melayu dan bukan bumiputera.

Justeru, katanya  dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, tindakan kerajaan PH yang membelakangi kawasan PN, Sabah dan Sarawak tidak mampu mengubah keadaan. 

“PN yang mengambil alih kerajaan dalam masa yang singkat ketika bencana wabak dapat menunjukkan sedikit perubahan,” katanya.

“Apabila pengundi muda dan luar bandar menunjukkan protes kepada Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana kesilapannya dan menolak PH kerana pembohongan janji dan manifestonya, mereka kemudiannya telah memberikan sokongan kepada PN.

Kejayaan menukar kerajaan bukan melalui tebuk atap, tetapi atapnya bocor dan dinding kacanya yang berkecai,” kata beliau.

Menurut Presiden Pas itu, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu, parti-parti komponen PH mempunyai jumlah kerusi yang tidak mencukupi dan terpaksa menggabungkan semua parti-parti kecil dan segala yang berpenyakit bagi mencukupkan jumlahnya dalam kerajaannya yang bergelora sebagaimana yang disaksikan oleh rakyat.

“Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami.

Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah,” katanya.

Berkaitan