CHHATTISGARH: Insiden terjatuhnya telefon bimbit di dalam takungan empangan yang kelihatan biasa, bertukar menjadi peristiwa luar biasa di Chhattisgarh, baru-baru ini, menurut laporan NDTV.
Ekoran misi mencari telefon tersebut
berjuta-juta gelen air untuk ladang yang kering terpaksa dialirkan keluar dari empangan.
Rajesh Vishwas, pemilik telefon tersebut merupakan pegawai kerajaan, digantung kerja selepas dia mengarah takungan air dari empangan berkenaan dikeringkan untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya.
Telefon Samsung miliknya berharga sekitar 100,000 rupee (RM5,593), terjatuh ke dalam Empangan Kherkatta, di Chhattisgarh, ketika dia berswafoto.
Selepas penyelam tempatan gagal menemuinya, pegawai itu membayar pam diesel untuk dibawa masuk.
Mereka mengambil masa tiga hari mengepam berjuta-juta liter air keluar dari empangan, namun apabila telefon tersebut berjaya ditemui, ia tidak dapat berfungsi lagi kerana digenangi air.
Proses mengepam air itu dihentikan sebaik sahaja pegawai dari jabatan sumber air tiba selepas menerima aduan.
Vishwas digantung kerja sehingga siasatan selesai.
Dia mendakwa peranti itu mengandungi data kerajaan yang sensitif, oleh itu dia perlu mendapatkannya semula.
Bagaimanapun, dia dituduh mengeksploitasi kedudukannya.