Jurutera di Sibu rugi hampir setengah juta ringgit

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

SIBU: Seorang jurutera berusia lingkungan 50-an kerugian lebih RM485, 000 akibat ditipu oleh ejen pelaburan saham dalam talian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mangsa mendakwa  menjadi mangsa sindiket  di Hong Kong.

Katanya dalam satu kenyataan, lelaki itu berminat dengan tawaran menerusi aplikasi Meta Trader 4 (MT4) dan membuat pelaburan awal sebanyak RM20,000.

“Mangsa telah membuat 109 kali transaksi ke  akaun berasingan sejak November 2022 sehingga Mac 2023 kerana ingin meraih keuntungan sebanyak RM533,400 yang dijanjikan,” jelasnya.

Berkaitan