MIRI: Rakyat Sarawak perlu sedar bahawa mereka dapat menikmati perayaan Hari Sarawak pada hari ini kerana perjuangan pemimpin terdahulu yang berani berjuang dan berkorban untuk kemerdekaan Sarawak.
Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting percaya bahawa rakyat Sarawak perlu memahami kepentingan aspek sejarah di sebalik perayaan tersebut.
Sejarawan berpendapat Hari Sarawak lebih sesuai digunakan berbanding Hari Kemerdekaan Sarawak kerana Sarawak tidak bebas sepenuhnya pada 22 Julai memandangkan Gabenor British Sir Alexander Wadell masih lagi menduduki Astana Negeri pada tarikh tersebut.
Ting dalam satu kenyataan media berkata, inilah masa yang sesuai untuk rakyat Sarawak menghargai dan mengenang jasa para pejuang terdahulu.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, pewartaan tarikh 22 Julai sebagai Hari Sarawak sebagai cuti umum mencerminkan makna sebenar kebebasan untuk Sarawak — yang datang bersama-samanya komitmen untuk mencapai kesaksamaan, kebebasan, penerimaan, bekerjaan sendiri, keamanan dan keharmonian. –Sarawakvoice