Guna kekerasan terhadap polis: Lelaki tempatan ditahan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang lelaki tempatan ditahan semalam kerana enggan memberi kerjasama dan menggunakan kekerasan terhadap seorang anggota polis peronda (MPV).

Ketua Polis Daeeah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek berumur 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.55 malam, di Samariang.

“Suspek menyerang anggota semasa diperiksa dalam Op Lejang (kecurian kenderaan).

“Suspek telah ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ahsmon berkata, anggota polis tersebut mengalami kecederaan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Dalam pada itu, beliau akan menyampaikan surat penghargaan kepada anggota polis tersebut yang bertugas dengan berani dan bersungguh bagi membanteras jenayah di Daerah Kuching.

Berkaitan