Gadis hampir maut tergelincir di Air Terjun Jangkar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BAU: Seorang gadis terselamat daripada maut selepas seorang rakan sempat menyambar tangannya, selepas tergelincir ke dalam sungai di Aras Tiga, Air Terjun Jangkar, Kampung Jangkar, Sematan dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.03 petang dan sebuah jentera, ambulans EMRS serta dua kenderaan pelbagai guna dikejar ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu.

Dengan kekuatan 12 anggota, pasukan berpecah dengan lima anggota melakukan pendakian berjalan kaki dan tiba di lokasi setelah 1 jam 30 minit.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian berjaya membawa keluar empat mangsa, yang kesemuanya perempuan.

“Ini termasuk seorang mangsa yang cedera setelah tergelincir ke dalam sungai berdekatan.

Anggota yang naik ke Aras 3 telah mengusung mangsa yang cedera menggunakan ‘stretcher’ sehingga ke kaki gunung sebelum menyerahkannya kepada pasukan paramedik Hospital Lundu untuk tindakan selanjutnya.

Tiga rakannya yang lain selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang cedera serta masih dalam kejutan dikenal pasti sebagai Chang Hui Chui, 24 tahun. – Sarawakvoice

Berkaitan