BAKUN: Projek Empangan Hidroelektrik Bakun fasa kedua memberi faedah kepada pelbagai projek pembangunan mapan dilaksanakan termasuk melaksanakan projek untuk membekalkan tenaga kepada rumah panjang di persekitaran terbabit.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berbincang dengan Menteri Utiliti Datuk Sri Stephen Rundi berkaitan perkara ini
Bercakap selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Rasmi Empangan Hidroelektrik Bakun kepada Kerajaan Negeri Sarawak pada Khamis, Najib berkata potensi pelancongan di Bakun amat besar dan rakyat akan didahulukan dengan melibatkan mereka dalam industri ini.
Najib mengaku pihaknya meluluskan peruntukan RM76 juta untuk menambah tiga ekar lagi tanah kepada setiap keluarga yang terlibat pemindahan perlaksanaan projek ini.
Turut diluluskan peruntukan RM9 juta lagi untuk pembinaan jalan ladang.
Projek dihulurkan kerajaan ini menunjukkan kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. –Sarawakvoice
