Dua wanita cedera, seorang parah Proton Aeroback bertembung lori di Bukit Sebangkoi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SARIKEI: Dua wanita cedera, seorang daripadanya parah selepas terlibat dalam kemalangan di Bukit Sebangkoi, Jalan Sarikei-Kuching, dekat sini pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.38 pagi dan sebuah jentera Atego diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, dengan kekuatan tujuh anggota.

“Setiba di lokasi, 20 minit kemudian, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan dan kereta Proton Saga Aerobach yang bertembung.

“Seorang mangsa perempuan masih berada di dalam kereta, iaitu di tempat duduk penumpang hadapan manakala dua lagi mangsa lagi iaitu pemandu dan penumpang yang duduk di bahagian belakang telah berjaya keluar dengan selamat.

“Pasukan kemudiannya mengambil masa 12 minit untuk mengeluarkan mangsa yang parah sebelum diserahkan kepada pihak paramedik untuk tindakan selanjutnya.

Katanya lagi, difahamkan lori terbabit dalam perjalanan dari Saratok ke Sarikei manakala kereta Proton Saga Aeroback tersebut dalam perjalanan dari Sarikei ke Saratok. – Sarawakvoice

 

Berkaitan