Dr Mahathir bantu  BN menang dalam PRU-14

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR: Dengan mengumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri, ini akan memudahkan lagi Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan  malah mengucapkan “terima kasih” kepada PH atas pengumuman itu.

Dalam konvensyennya di Shah Alam semalam, Pakatan Harapan mengumumkan bekas perdana  menteri yang pernah memerintah selama 22 tahun itu sebagai calon Perdana Menteri, manakala Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai timbalannya.

“Pengumuman Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka adalah berita baik untuk BN,”’ katanya menerusi kiriman Twitter.

Katanya, pakatan pembangkang  menunjukkan selama bertahun-tahun mengatakan tentang reformasi dan memberikan golongan muda peluang lebih kepada retorik semata-mata.

Pengumuman itu juga, menurut Abdul Rahman, merugikan PH terutamanya agenda reformasi mereka dan ia merupakan satu tragedi disebabkan oleh mereka sendiri.

“Kebenarannnya adalah Dr Mahathir tidak akan melaksanakan reformasi itu. Dia telah terbukti sebagai pakar muslihat dan pembaharuan yang tidak boleh pakai,” katanya.

“Perkara yang lucu adalah apabila PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan pada masa yang sama mengumumkan cadangan pembaharuan dalam agenda mereka,” ujarnya. — Sarawakvoice

Berkaitan