Dr Annuar dan Oscar Ling ketepikan ideologi, bekerjasama bangunkan Nangka

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SIBU: Menteri Muda Pendidikan dan Teknologi Penyelidikan, Dr Annuar Rapaee hari ini mengumumkan tindakan positifnya, mengetepikan perbezaan ideologi untuk membantu rakyat di kawasan Nangka.

Beliau yang juga Adun Nangka memberitahu, telah menghubungi Ahli Parlimen Bandar Sibu, Oscar Ling sekitar jam 11.58 pagi tadi untuk menerangkan dan mengemaskinikan isu-isu berkaitan rakyat, yang kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama menanganinya.

Oscar merupakan wakil rakyat daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Kata Dr Annuar lagi, beliau memaklumkan kepada Oscar bahawa ahli Parlimen itu akan diundang untuk menghadiri apa sahaja sesi taklimat, pelaksanaan dan perjalanan projek di kawasan berkenaaan.

“Saya gembira beliau positif tentang pebincangan ini, dan perjumpaan pertama dijadualkan di Kampung Jeriah pada 12 Jun depan.

“Saya percaya kedua-dua kami dipilih oleh rakyat.

Oscar katanya, merupakan Ahli Parlimen di peringkat Kerajaan Persekutuan, dan beliau adalah Adun di peringkat Kerajaan Negeri.

“Oleh itu kami perlu bekerjasama untuk kepentingan rakyat.

“Kurangkan politik, dan sama-sama melaksanakan tugas dan tanggungjawab,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice

Berkaitan