DAP yakin menang 20 kerusi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik — DAP — Sarawak akan bertanding di sekurang-kurangnya 35 kerusi dalam Pilihanraya Negeri Sarawak akan datang.

Menurut Pengerusinya, Chong Chieng Jen, selain bertanding di kawasan bandar atau urban, pihaknya juga memberi tumpuan di kawasan semi urban, yang majoritinya Dayak.

Katanya, DAP Sarawak yakin bahawa pihaknya akan berjaya memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi, berdasarkan perkembangan politik semasa.

” Kita yakin akan mempertahankan semua kerusi yang disandang sebelum ini. Dan sedang berusaha untuk menguasai kerusi di kawasan majoriti Dayak,” katanya.

Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 kali ini bakal menyaksikan pertambahan 11 kerusi yang dipertandingkan, menjadikan keseluruhannya 82 kerusi.

Pada tahun 2011, DAP berjaya memenangi 12 kerusi sebelum ADUN Pujut, Fong Pau Teck dipecat atas alasan gagal menyumbang dana kepada parti.

Berkaitan