KUCHING : Rakaman litar tertutup (cctv) berjaya mengesan kegiatan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes curi dalam sebuah pasar raya di Sarikei, baru-baru ini.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Awang Arfian Awang Bujang dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan rakaman cctv dalam pasaraya tersebut kelihatan seorang lelaki telah mengekori mangsa semasa berada dalam pasaraya tersebut dan beg sandang pengadu kelihatan terbuka selepas diekori oleh lelaki tersebut.
“Berikutan itu, mangsa dilaporkan kehilangan dompet yang mengandungi sejumlah wang tunai dan dokumen-dokumen peribadi dalam beg sandangnya ketika membeli barang di pasar raya berkenaan.
“Mangsa menyedari dompetnya hilang semasa pengadu hendak membuat pembayaran di kuanter pasaraya everwin pada 9.15 pagi,” katanya.
Beliau berkata, selepas kejadian, pengadu datang ke Balai Polis Sarikei untul membuat laporan polis dan tindakan selanjutnya.
“Kita telah menerima laporan polis dari seorang wanita yang juga suri rumah berusia 38 tahun pada 22 mei 2023, jam 10.39 pagi berhubung kejadian ini.
“Sehubungan itu, saya meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini yang sedang viral di media sosial,” katanya.