KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada urus niaga awal Khamis, mengambil petunjuk daripada prestasi kelmarin Wall Street yang lebih lemah.
Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI susut 3.73 mata kepada 1,408.31 daripada penutup Rabu pada paras 1,412.04.
Indeks utama itu memulakan dagangan pada paras 1,406.97, susut 5.07 mata.
Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 242 berbalas 153, manakala 254 kaunter tidak berubah.