Bukan perahu karam, tetapi lemas dihanyut arus deras Sungai Poi ketika mandi — Bomba

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KANOWIT: Bukan perahu karam, tetapi lemas ketika mandi sungai.

Itu pengesahan terkini, insiden mangsa lemas di Sungai Poi, Nanga Ulin, Kanowit semalam.

Maklumat tersebut disampaikan oleh pasukan penyelamat yang telah tiba di lokasi kejadian sebentar tadi, setelah mengharungi perjalanan dua jam dari Nanga Menalun di sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, ketika kejadian, dua daripada mangsa sedang mandi sungai.

“Kejadian berlaku sekitar jam 3 petang apabila Presley Tataw, 27 tahun dan anak saudaranya, Rederict Benediet Rody,12 tahun mandi di sungai di hadapan rumah panjang mereka.

“Kedua-dua mangsa dikatakan hampir lemas ketika sedang mandi menyebabkan abang mangsa, Henry Tataw, 28 tahun, yang kebetulan sedang duduk di jeti sungai bertindak terjun untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa.

“Keadaan itu menyebabkan dia juga turut hanyut dibawa arus sungai.

Ketika ini kata Ling Hii, proses mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan di sekitar kawasan tersebut. –Sarawakvoice

Foto : Sarawak Aritok
Foto : Sarawak Aritok
Foto : Sarawak Aritok

Berkaitan