SIBU: Seorang lelaki harus menarik nafas lega kerana tindakan cekap anggota bomba berjaya melepaskannya daripada tersepit dalam kenderaannya yang remuk.
Btrusrichard Gani, 23 tahun, tersepit pada kenderaan Honda City yang dinaikinya bersama-sama dua rakan lain, yang terbabas awal pagi tadi di Lorong Ulu, Sungai Merah dekat sini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.59 pagi dan sebuah jentera FRT dan ambulans EMRS, dengan kekuatan lapan anggota segera dikejarkan ke lokasi.
“Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan dari kenderaan dengan selamat menggunakan peralatan menyelamat hidraulik manakala dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pasukan EMRS kemudian memberi bantuan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum menghantarnya ke hospital. –Sarawakvoice