BN menang, cukai pendapatan untuk mereka 26 ke bawah dikecualikan – Najib

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan bahawa golongan muda yang berusia 26 tahun ke bawah akan dikecualikan daripada cukai pendapatan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kepada semua golongan muda belia negara yang berumur 26 tahun dan ke bawah, kita akan berikan pengecualian cukai pendapatan, bermula dari tahun taksiran 2017 dan tahun-tahun berikutnya dengan serta merta.

“Orang muda yang bekerja tidak kira berapa banyak pendapatan, mereka tidak perlu bayar cukai sama sekali, ” katanya dalam satu perutusan khas sempena PRU14 yang disiarkan secara langsung dari Pekan, Pahang, malam tadi.

Justeru itu, kata Najib, cukai pendapatan yang telahpun dibayar pada tahun sebelumnya, akan dikembalikan semula kepada mereka sekiranya BN diberi mandat sekali lagi.– BERNAMA

Berkaitan