Bazar Ramadan Satok sedia 95 tapak, sedia seribu satu juadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING; Setiap tahun, Bazar Ramadan Satok pasti menjadi tumpuan warga Kuching, tidak kira umat Islam atau bukan Islam.

Pada hari pertama sebanyak 95 buah gerai beroperasi di bazar yang amat terkenal di bandar raya ini.

Ketika merasmikan bazar tersebut semalam, Adun Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, bazar Ramadan Satok kelihatan sangat meriah setelah pandemik COVID-19.

“Kita dapat melihat ramai orang keluar untuk membeli pelbagai juadah di sini,” katanya.

“Bazar ini menyediakan pelbagai pilihan makanan. DBKU pula melakukan pemantauan supaya para peniaga tidak meletakkan harga yang terlalu tinggi, selain untuk memastikan mereka sentiasa menjaga kebersihan makanan dan kawasan,” jelasnya kepada media selepas merasmikan tapak bazar tersebut semalam.

“Yang menarik di sini, ia menjadi tapak pertemuan pelbagai bangsa dan budaya. Mereka sama-sama memeriahkan bazar ini,” katanya.

Berkaitan