Bayi lima bulan terperangkap di dalam kereta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
JBPM Selangor menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang terperangkap kira-kira setengah jam di dalam kereta di Taman Saunjana KLIA. | JBPM Selangor

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor selepas terperangkap di dalam kereta di Taman Saujana KLIA di sini, tengah hari semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.23 tengah hari sebelum enam anggota dari JBPM KLIA bergegas ke lokasi.

“Mangsa dipercayai terperangkap di dalam kereta kira-kita 30 minit selepas Proton Saga itu yang dinaiki terkunci secara automatik selepas ibunya keluar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan itu dan berjaya menyelamatkan mangsa sebelum diserahkan kepada ibunya. – BERNAMA

Berkaitan