Bantu promosi produk

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERSAMA MEDIA… Pihak pengurusan HSL dan pengamal media Sarawak bergambar bersama selepas berbuka puasa di Shang Pot, La Promenade Mall, malam kelmarin.

KUCHING: Pengamal media di Sarawak diraikan pada majlis berbuka puasa anjuran Hock Seng Lee (HSL) di Shang Pot, La Promenade Mall, malam kelmarin. Majlis itu dihadiri pengamal media yang mewakili Radio Televisyen Malaysia (RTM), The Borneo Post, Dayak Daily, Sin Chew Daily, New Sarawak Tribune, Suara Sarawak, TVS, CatsFM dan lain-lain.

Pengurus Pemasaran Digital HSL Sophia Ong berkata, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan berita baik atau memaklumkan kejadian yang tidak diingini. “Sebagai sebuah syarikat pembinaan, media memaklumkan kita dengan berita mengenai perniagaan terkini dan apa yang sedang berlaku dalam industri,” katanya.

Menurut beliau, sebagai pemaju hartanah, HSL menghargai hubungan baik dan peranan media dalam membantu mempromosikan produk mereka. “Pihak kami berbesar hati kerana begitu ramai pengamal media, daripada pemberita sehingga pengarang dan pereka grafik menyertai majlis berbuka puasa kami setiap tahun dan kami sangat berterima kasih,” katanya.

Majlis berbuka puasa itu menyajikan makanan yang boleh dimakan sebanyak mungkin di Shang Pot, sebuah restoran baharu berkonsepkan ‘hotpot’ yang halal. Restoran tersebut terkenal dengan menggunakan ramuan berkualiti seperti daging lembu Iga Wagyu.

Berkaitan