ATAS platform belia Satok kuasai sepak takraw

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
RASMI.... Hilmi (lima dari kanan) melakukan simbolik perasmian pertandingan sepak takraw jemputan regu belia 16 tahun ke bawah.

KUCHING: Kelab Sepak Takraw Satok bersama kerjasama PBB N8 Satok mengambil langkah memperkasakan sukan sepak raga dengan menubuhkan Akademi Takraw Satok (ATAS).

Penubuhan ATAS kendalian anak jati Satok sendiri bertujuan menyemarakkan kegiatan sukan sepak takraw kepada generasi muda berumur bawah 16 tahun.

RASMI…. Hilmi (lima dari kanan) melakukan simbolik perasmian pertandingan sepak takraw jemputan regu belia 16 tahun ke bawah.

Akademi bermula dengan tiga sesi iaitu pada Rabu, Sabtu dan Ahad dipenuhi dengan program dan latihan-latihan asas yang akan dikendalikan oleh beberapa bekas wakil sepak takraw Sarawak berpengalaman berasal dari kawasan Satok.

“Kewujudan ATAS akan menyemarakkan lagi minat khususnya penduduk bandar seperti ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke akademi sepak takraw.

BERCAKAP… Timbalan Ketua Cawangan N8 Satok Hilmi Othman (tengah) mengulas lanjut mengenai ATAS kepada pemberita.

“Hal ini supaya sukan sepak takraw tidak lenyap dek zaman dan lenyap dek perkembangan zaman.

“Usaha ini akan disokong oleh cawangan PBB Cawangan N8 Satok khususnya dari Datuk Ibrahim Baki selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N8 Satok sendiri,” ujar Timbalan Ketua Cawangan N8 Satok, Hilmi Othman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili Adun N8 Satok Datuk Ibrahim Baki pada majlis perasmian pertandingan sepak takraw jemputan regu belia 16 tahun ke bawah anjuran Kelab Sepak Takraw Satok di Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Satok hari ini.

Tegasnya, penubuhan ATAS dilihat tepat pada masanya demi menarik minat anak muda untuk tidak ketinggalan dalam sukan tradisi terbabit.

Menurutnya, kurang minat generasi muda terhadap sukan sepak takraw terutama di kawasan bandar berikutan mereka lebih cendurung kepada sukan dalam talian (e-sukan).

“Sukan tradisi agak tidak diminati oleh generasi baru.

Maka dengan itu, usaha penubuhan ATAS adalah tepat masanya sekadar menyediakan prasarana takraw untuk mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di bandar.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sendiri telah menyediakan prasarana ini di bawah KSK dan kita juga sedia maklum Satok merupakan satu kawasan bandar,” jelasnya.

Mengulas mengenai pertandingan, Hilmi menegaskan kejohanan jemputan merupakan pentas pendedahan kepada peminat sukan sepak takraw berumur bawah 16 tahun menguji kemahiran.

Pengerusi Kelab Sepak Takraw Satok, Abang Kamarulzaman Abang Drashid berkata, seramai 13 pasukan berentap dalam pertandingan tersebut yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu (4 Mac) dan berakhir esok.

Pasukan lelaki terdiri daripada sembilan pasukan yang mengambil bahagian iaitu ATAS A, ATAS B, ATAS C, SSC Betong A, SSC Betong B, KTBT A, KTBT B, dan Kabama.

Manakala kategori wanita terdiri daripada empat pasukan iaitu ATAS, SSC Betong Saratok A dan B, serta JD Gegirls.

Terdahulu, majlis perasmian turut dihadiri Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Berkaitan