KUCHING: Satu perlawanan bola sepak persahabatan antara dua pasukan jiran tetangga, Saberkas Unit Sampadi Lundu dan Football Traveller Pontianak Indonesia akan berlangsung Jumaat ini (17 Februari).
Setiausaha Eksekutif Saberkas Negeri Sarawak Iszuan Haroni memberitahu, perlawanan persahabatan itu akan berlangsung di Kompleks Sukan Lundu.
“Perlawanan persahabatan menentang wakil pasukan dari negara jiran itu sempena Sambutan Jubli Emas Saberkas,” ujar Iszuan kepada Arena Suara Sarawak.
Sambil menyatakan sepak mula perlawanan kedua-dua pasukan terbabit pukul 4:00 petang.
Menurut Iszuan, objektif penganjuran perlawanannya secara tidak langsung
merupakan landasan terbaik merapatkan hubungan silaturahim antara barisan pemain terlibat.
“Ia merupakan aksi persahabatan yang santai dan lebih kepada merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pemain kedua-dua pasukan,” tambah Iszuan lagi.