KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima empat kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
Abang Johari menerima kunjungan hormat pertama daripada rombongan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak yang diketuai Pengarah Keselamatan, Mohammad Haffizie Putit.

Manakala kunjungan hormat kedua daripada rombongan Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak diketuai Pengarahnya, Edmund Shah Tambi.
Premier seterusnya menerima kunjungan hormat daripada rombongan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) diketuai oleh Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff selaku Ketua Pengarah J-KOM.


Kunjungan terakhir menyaksikan Premier menerima kunjungan daripada Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS).