7 juta kanak-kanak bawah lima tahun di Afrika diancam kebuluran – UNICEF

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

NEW YORK: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa berkata kanak-kanak di Afrika berhadapan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini termasuk kelaparan, perpindahan, kekurangan air dan rasa tidak selamat, lapor Xinhua.

Lebih tujuh juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mengalami kekurangan zat makanan, memerlukan segera bantuan pemakanan dengan 1.9 juta kanak-kanak berisiko mati akibat kekurangan zat makanan yang teruk, menurut UNICEFF.

Wilayah ini kini perlahan-lahan pulih daripada kemarau terburuk dalam tempoh 40 tahun.

Akibat kekurangan hujan sepanjang tiga tahun lepas, masyarakat yang mudah terjejas itu hilang ternakan lembu, tanaman dan mata pencarian.

“Krisis di Afrika itu mengorbankan kanak-kanak.

Krisis ini telah menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat keperluan asas – makanan yang mencukupi,¬†rumah, air yang selamat dan pendidikan,” kata pengarah wilayah UNICEF untuk Afrika Timur dan Selatan, Mohamed Fall.

Di seluruh rantau ini, 23 juta orang di Ethiopia, Kenya dan Somalia terjejas akibat kekurangan makanan.

Selain keperluan pemakanan, cuaca yang melampau dan rasa tidak selamat turut memberi kesan buruk kepada wanita dan kanak-kanak selain risiko keganasan, eksploitasi seksual dan penderaan.

Penularan wabak termasuk taun, campak, malaria dan penyakit lain serta krisis iklim memburukkan lagi keadaan.

Harga makanan di pasaran tempatan yang tinggi membebankan kanak-kanak dan keluarga.

Pada 2022, menerusi sumbangan penderma, UNICEF dapat menyediakan perkhidmatan pencegahan kekurangan zat makanan kepada lebih 30 juta kanak-kanak dan ibu.

“Tahun ini, pembiayaan bukan sahaja akan membantu kanak-kanak pulih daripada ancaman krisis malah dapat membangunkan sistem yang lebih berdaya tahan dan mampan yang boleh menahan kesan dan kejutan iklim pada masa hadapan,” katanya. – BERNAMA

Berkaitan