600 belia sertai aktiviti bentuk jati diri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
ANAK MUDA yang menjayakan Sambutan Hari Sabat Belia Sedunia di Dewan Batu Pengansah, Simunjan.

SIMUNJAN: Sebanyak 600 belia menjayakan Sambutan Hari Sabat Belia Sedunia di Dewan Batu Pengansah dekat sini, baru-baru ini.

Ia dianjurkan oleh Jabatan Pelayanan Belia Seventh-day Adventist (SDA) Mission of Sarawak bertujuan melatih, memimpin dan membentuk jati diri pemuda dan pemudi yang berdedikasi serta aktif di gereja mahupun aktiviti kemasyarakatan di luar.

Belia serta masyarakat yang hadir adalah dari sekitar Bau sehingga Simunjan.

Mereka mempersembahkan persembahan nyanyian rohani dan diberikan peluang memimpin acara kebaktian.

Selain itu diadakan acara khidmat masyarakat, yang mana kesemua belia menyertai pemberian bakul makanan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Simunjan – Simpang Punda.

Terdapat 12 bakul makanan diedarkan kepada keluarga yang memerlukan.

Tuntasnya, program sebegini memberikan impak kepada pemuda untuk memimpin, membentuk dan melatih mereka agar berguna kepada agama, bangsa dan negara.


Berkaitan