45,000 pekerjaan berpendapatan tinggi diwujudkan di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUCHING: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif ekonomi digital yang dilaksanakan kerajaan Sarawak dijangka menyumbang kira-kira RM56.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri menjelang 2030.

Jelasnya dalam ucapan penggulungan di DUn pada Rabu, umlah itu meliputi kira-kira 20 peratus daripada KDNK negeri menjelang tahun tersebut. 

Ini katanya adalah kerana lebih 45,000 peluang pekerjaan baharu yang berpendapatan tinggi akan diwujudkan, dengan 80 peratus daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima pakai pendigitalan.

Berkaitan