KUCHING: Sebanyak 40,000 tan metrik hasil perikanan bernilai RM500 juta mampu dijana menerusi operasi Zon Industri Akuakultur (AIZ) di Empangan Bakun di Belaga, kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom.
Beliau berkata demikian ketika penggulungan kementeriannya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Selasa.
Beliau turut memaklumkan setakat ini empat kawasan diwartakan oleh Kerajaan Sarawak sebagai AIZ iaitu Empangan Batang Ai di Lubok Antu, Loba Stoh Rambungan di Kuching, Sundar Awat-Awat di Lawas dan Selalang di Sarikei.