SRI AMAN: Tiga dilaporkan maut, manakala empat lagi parah dalam nahas membabitkan Perodua Viva dan Proton Saga di Jalan Sri Aman-Engkilili, semalam.
Mangsa korban ialah pemandu Viva dikenali sebagai Carlos Nelson, 22, dan dua penumpang, Pauline Simba Jua, 34, dan Elizabeth Jua, 33.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak yang dipetik Harian Metro berkata, panggilan kecemasan diterima pada 6.34 petang.
Jelasnya sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa tersepit.
“Ketika operasi menyelamat, Elizabeth dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Engkilili.
“Seorang lagi penumpang dalam kereta berkenaan, iaitu lelaki berusia 38 tahun parah dan dilaporkan kritikal,” katanya.
Tiga lagi mangsa lelaki yang menaiki Proton Saga itu turut parah.