2,500 bakal sertai perarakan Gawai 2023 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Amar Douglas Uggah Embas

KUCHING: Seramai 2,500 individu bakal menyertai Perarakan Gawai 2023 di sini pada 17 Jun depan.

Menurut  Datuk Amar Douglas Uggah Embas,  penyertaan lebih 80 kontinjen terdiri daripada kira-kira 2,500 individu dan kontinjen ini terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan, persatuan kebudayaan Dayak, ketua masyarakat Dayak dan anggota Veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Katanya, perarakan Gawai berkenaan akan bermula dari Bangunan Tun Jugah  pada 3.30 petang dan akan berakhir di Tebingan Kuching sejauh 1.2 kilometer di Jambatan Darul Hana.

Jelasnya, ia akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Hari Gawai Peringkat Sarawak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Khamis.

Sementara itu, Rumah Terbuka Gawai akan diadakan pada 1 Jun di BCCK.

Manakala Majlis Makan Malam Gawai Dayak pada 7 Jun dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berkaitan