Raikan kepelbagaian kaum

0
21
DEMI KEMAKMURAN... Abang Johari bersama-sama kenamaan lain menggaulkan Yee Sang pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak di Kuching. • Foto RAMIDI SUBAR

KUCHING: Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memulakan kun- jungan ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat SUPP, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui dekat sini itu juga turut dihadiri oleh isterinya Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Ia bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat Cina tetapi juga pelbagai latar belakang masyarakat di negeri ini termasuk kaum Melayu, Iban, India dan lain-lain.

Abang Johari ketika ditemui berkata sudah menjadi budaya di Sarawak untuk meraikan perayaan termasuk Tahun Baharu Cina bersama-sama.

“Justeru saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada mereka yang meraikan tahun arnab ini.

“Namun, perayaan ini bukan sahaja diraikan oleh masyarakat Cina tetapi turut disambut bersama-sama dengan masyarakat lain di negeri ini.

“Ia juga sudah menjadi budaya kita di Sarawak dan sudah tentu ada perpaduan yang kukuh, dan kita dapat terus membangunkan masyarakat di Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis tersebut.

Katanya, sekiranya kita dapat mempraktikkan semangat arnab ini, beliau percaya bahawa apa juga halangan yang kita hadapi, akan dapat diselesaikan,” ujarnya.